BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �
Tiada Istimewa Melainkan Kelemahan Diri dan Segala Kebaikan Yang Wujud Dari Kepunyaan ILAHI. Hanya Kepada DIA Segala Penggantungan & Penyerahan Hidup dan Matiku.

Memaparkan catatan dengan label CoReTaN KeNanGaN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CoReTaN KeNanGaN. Papar semua catatan

04 Oktober 2010

'Dimanakah Kasih Sayang & Keprihatinan Yang Diberi'~

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pengalaman di pusat asuhan kanak-kanak..membuka mata hati untuk menyingkap rahsia disebalik penjagaan anak-anak saudara seislam. Tidak mampu untuk mengatakan, pilu melihat keadaan insan kecil ini.. Secara tidak langsung menganjakkan persepsi memikir masa depan generasiku akan datang.

Apakah tanggungjawab di luar rumah membatasi masa dan prioriti ibu ayah kepada anak-anak dalam proses pertumbuhan @ peningkatan?

Terpana seketika melihat anak-anak yang ditinggalkan atas urusan mencari rezeki dan keperluan kehidupan.

Alhamdulillah..jika tempat yang dicari baik..maka perkembangan mereka juga turut mengikut menjadi sihat. Malah yang paling membimbangkan, apabila ibubapa sibuk dengan kerjaya, si kecil mula kurang mendapat perhatian. Malangnya lagi bila anak-anak menjadi mangsa kepada arus kemodenan kini. Bergaul dengan rakan-rakan yang membawa pengaruh samaada negatif atau positif.

Melihat kepada situasi didikan di tadika..anak-anak diasuh dari awal untuk membaca doa sebelum dan selepas belajar, makan & minum ..serta pelbagai doa harian sebagai amalan orang Islam. Namun, sejauhmanakah keberkesanan dalam mengamalkannya sepanjang kehidupan? Disinilah ibubapa berperanan memeriksa dan mengkaji kembali akhlak dan pendidikan anak-anak.

Tidak dinafikan dunia kini memerlukan kemampuan untuk terus membina kehidupan... pada masa sama, asas pembentukan dan ikutan anak-anak juga perlulah seiring dengan syariatNya agar tidak alpa dengan pengaburan dunia yang fana'.

"Anak anugerah Allah dan asuhan yang sebaik-baiknya adalah bermula dari rumah" Mula mengamalkan sunnah dan halaqah juga usrah sesama ahli keluarga. Bersama memperbaiki ke arah kebaikan dalam mengejar rahmat Allah dan pemerhatianNya.

Semoga kita semua tidak termasuk dibawah golongan orang-orang yang rugi.



"Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salji, sedangkan perangai buruk merosak amal salih seperti cuka merosak madu."
~(H.R.Al-Baihaqi)~

^Wahai Generasi Agamaku!^

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sayu hati bila terpaksa buat pilihan antara hendak teruskan pengorbanan demi anak-anak atau tidak kerana nasihat ibubapa. Walaubagaimanapun ingatan terhadap bekas-bekas penghibur hatiku tidak dapat dinafikan seringkali menjengah ruang mata, menyinggahi hati dan bermain difikiran.

"Cikgu datang, ustazah datang....(dengan keriuhan suara itu setibanya dipagar taska/tadika)" tidak mungkin mudah untuk dilupakan.

"Ingat cikgu tak datang lagi..". Begitulah terpancar sinar dari wajah suci anak-anak ini.

Merenung setiap tingkah laku anak-anak yang bebas dari dosa dan noda ini membuatkan hati tersenyum dan gembira. Segala masalah kekusutan..hilang seketika setibanya kehadiran mereka. Terbayang detik bersama, melihat kerenah pembelajaran dan perkembangan si kecil..walaupun cuma seketika diizinkanNya untuk bersatu bawah satu tujuan.

Indahnya ciptaanMu RABB, Kayanya ilmu dan ciptaan yang Engkau turunkan buat insan bernama hamba.

Bagaimana untukku mengatakan tidak kepada pengorbanan yang manis ini...berjuang demi pejuang-pejuang Islamku...namun semua ini apakah hanya pada angan-angan atau lontaran semangat ku yang terkubur jauh? Menjadi seorang ummi/guru buat mujahid/mujahidah agamaku?

Tertanam perasaan itu..tetapi sukarnya untuk bertemu titik yang menyatukan hajat ini. Apakah ini ujian dan cubaanMu Ya Allah.. keinginan dan harapan untuk bangkit menjadi khalifah menyampai kebenaran. Setiap kali kaki melangkah ditemani jiwa yang tidak pernah gundah untuk menelusuri jalan itu..ada pula asbab yang menjadikan ianya berhenti tanpa kata-kata. Sesungguhnya manusia itu dijadikan terbatas pemikiranNya..dan  sebaik-baik aturan adalah dari Ilmu dan taqdir (qada' qadarNya).

Tidak mampu untuk ditafsirkan apakah yang bermain diminda melain seusai doa dan munajatku mengharapakan impian yang diperolehi adalah dari keberkatan dan keredhaanMu. Memang ujian itu satu rahmat. Sesungguhnya dengannya, jiwa ini kembali muhasabah dalam mentarbiyah diri menjadi hamba yang bersyukur dan redha dengan ketentuanMu.
 
Mengapa, bagaimana dan dimana...semua itu dalam rahsiaMu..oleh sebab itu, bagi mereka yang tawakal..sebaik-baik penyerahan kepada ketentuan adalah Yang Maha Pencipta. Teruskan pelayaran anak-anak agama dan bangsaku agar suatu hari antum bakal menjadi pembimbing dan pemangkin ketamaduan Islam yang gemilang  berjaya didunia dan akhirat.  

Semoga Allah menempatkan hati-hati dan kehidupan berlandaskan taufiq dan inayahNya buat seluruh umat Muhammad.


"Doa seseorang itu akan selalu dikabulkan selama ia tidak terburu-buru, dimana ia mengucapkan, 'Saya telah berdoa kepada Tuhan tetapi Tuhan tidak memperkenankan doa saya.'"
~(H.R.Bukhari & Muslim)~