BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Tiada Istimewa Melainkan Kelemahan Diri dan Segala Kebaikan Yang Wujud Dari Kepunyaan ILAHI. Hanya Kepada DIA Segala Penggantungan & Penyerahan Hidup dan Matiku.

04 Oktober 2010

UTAMA » » 'Dimanakah Kasih Sayang & Keprihatinan Yang Diberi'~

'Dimanakah Kasih Sayang & Keprihatinan Yang Diberi'~

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pengalaman di pusat asuhan kanak-kanak..membuka mata hati untuk menyingkap rahsia disebalik penjagaan anak-anak saudara seislam. Tidak mampu untuk mengatakan, pilu melihat keadaan insan kecil ini.. Secara tidak langsung menganjakkan persepsi memikir masa depan generasiku akan datang.

Apakah tanggungjawab di luar rumah membatasi masa dan prioriti ibu ayah kepada anak-anak dalam proses pertumbuhan @ peningkatan?

Terpana seketika melihat anak-anak yang ditinggalkan atas urusan mencari rezeki dan keperluan kehidupan.

Alhamdulillah..jika tempat yang dicari baik..maka perkembangan mereka juga turut mengikut menjadi sihat. Malah yang paling membimbangkan, apabila ibubapa sibuk dengan kerjaya, si kecil mula kurang mendapat perhatian. Malangnya lagi bila anak-anak menjadi mangsa kepada arus kemodenan kini. Bergaul dengan rakan-rakan yang membawa pengaruh samaada negatif atau positif.

Melihat kepada situasi didikan di tadika..anak-anak diasuh dari awal untuk membaca doa sebelum dan selepas belajar, makan & minum ..serta pelbagai doa harian sebagai amalan orang Islam. Namun, sejauhmanakah keberkesanan dalam mengamalkannya sepanjang kehidupan? Disinilah ibubapa berperanan memeriksa dan mengkaji kembali akhlak dan pendidikan anak-anak.

Tidak dinafikan dunia kini memerlukan kemampuan untuk terus membina kehidupan... pada masa sama, asas pembentukan dan ikutan anak-anak juga perlulah seiring dengan syariatNya agar tidak alpa dengan pengaburan dunia yang fana'.

"Anak anugerah Allah dan asuhan yang sebaik-baiknya adalah bermula dari rumah" Mula mengamalkan sunnah dan halaqah juga usrah sesama ahli keluarga. Bersama memperbaiki ke arah kebaikan dalam mengejar rahmat Allah dan pemerhatianNya.

Semoga kita semua tidak termasuk dibawah golongan orang-orang yang rugi.



"Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salji, sedangkan perangai buruk merosak amal salih seperti cuka merosak madu."
~(H.R.Al-Baihaqi)~

0 comments: