BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Tiada Istimewa Melainkan Kelemahan Diri dan Segala Kebaikan Yang Wujud Dari Kepunyaan ILAHI. Hanya Kepada DIA Segala Penggantungan & Penyerahan Hidup dan Matiku.

14 Oktober 2010

ALASAN @ HUKUMAN?.. Mari Selidiki Diri & Hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mari sahabat dikasihi Allah sekelian... bersama rungkai setiap persoalan dengan leraian terbaik tanpa menafi dan membiar ianya mengaburi kehidupan dan menggelapkan mata hati kita.

Selalunya...bila kita bersalah dan melakukan kesilapan, kita mengharap orang memaaf dan menerima diri kita, sebaliknya...adakah kita mudah untuk memaafi dan memberi peluang kepada insan lain memperbaiki menjadi lebih baik? Sesungguhnya Allah memiliki sifat-sifatnya yang sempurna. AL-GHAFFUR-Maha Pemaaf & AT-TAWWAB-Maha Penerima Taubat.
Setiap individu memerlukan kepada kasih sayang...ingin memberi dan menerima rasa cinta.. tetapi apakah kita lupa.. Allah AR-RAHMAN-Maha Pengasih & AR-RAHIM-Maha Penyayang yang mana segala rasa ini hanya dimiliki dan matlamat buat DIA AL-AWAL-Yang Awal & AL-AKHIR-Yang Akhir.
Bergelar manusia..pasti punyai kelemahan dan kekurangan. Dimana setiap di antara kita ingin kecantikan, kemewahan dan kesempurnaan. Namun apakah kita lupa bahawa DIA AL-HAMIID-Maha Terpuji segala kesempurnaan, kelebihan dan kebaikan adalah daripadaNya..Rabbal Alamin. Allah AL_NAFI'-Maha Pemberi Manfaat, maka redha dan bersyukur dengan kurniaanNYA.

Kita sering mengagung kebesaran pangkat, harta dan kedudukan kita.. tetapi kita alpa untuk mengagungkan RABB pada setiap tindakan perilaku dalam kehidupan harian kita. Mengejar duniawi sementara mengabai ukhrawi... Sedang ALLAH AL-AZIM-Maha Agung & AL-MAJID-Maha Mulia sepatutnya diperbesarkan oleh setiap kita yang bergelar hambaNya.
 
Manusia sering tewas dengan cinta dunia... terkadang lemah dengan ujian yang datang, tetapi Allah itu AL-WALLI-Maha Melindungi, AR-RASHID-Maha Membimbing..maka bermohon dan serahkan seluruh jiwa buat AL-WADUD-Maha Mencintai kerana sebaik-baik tempat penggantungan atas kesetiaan dan kebenaran adalah padaNYA AS-SOBBUR-Maha Penyabar.
Daripada setiap pergerakkan solah dan Asma' Allah...ana ingin mengajak sekelian pejuang-pejuang seperjalanan ana menghayati bersama apa hikmah dan teladan yang boleh diambil. Jika di kaji penciptaan dan nikmat yang dikurniakan daripadaNYA, banyak dan tidak terhitung walau dibanding seluas lautan.  

Terkadang kita terlena dibuai oleh keangkuhan dengan apa yang diperolehi. Walhal semua itu sementara dan tiada jaminan melainkan jihad kepadaNya melalui jalan ketaqwaan.


  
"Tiga jenis manusia yang tidak akan masuk ke syurga: Orang tua yang berbuat zina, pemimpin yang pendusta dan orang miskin yang sombong."
~(H.R.Al-Bazzar)~