بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sayu hati bila terpaksa buat pilihan antara hendak teruskan pengorbanan demi anak-anak atau tidak kerana nasihat ibubapa. Walaubagaimanapun ingatan terhadap bekas-bekas penghibur hatiku tidak dapat dinafikan seringkali menjengah ruang mata, menyinggahi hati dan bermain difikiran.
"Cikgu datang, ustazah datang....(dengan keriuhan suara itu setibanya dipagar taska/tadika)" tidak mungkin mudah untuk dilupakan.
"Ingat cikgu tak datang lagi..". Begitulah terpancar sinar dari wajah suci anak-anak ini.

Indahnya ciptaanMu RABB, Kayanya ilmu dan ciptaan yang Engkau turunkan buat insan bernama hamba.
Bagaimana untukku mengatakan tidak kepada pengorbanan yang manis ini...berjuang demi pejuang-pejuang Islamku...namun semua ini apakah hanya pada angan-angan atau lontaran semangat ku yang terkubur jauh? Menjadi seorang ummi/guru buat mujahid/mujahidah agamaku?
Tertanam perasaan itu..tetapi sukarnya untuk bertemu titik yang menyatukan hajat ini. Apakah ini ujian dan cubaanMu Ya Allah.. keinginan dan harapan untuk bangkit menjadi khalifah menyampai kebenaran. Setiap kali kaki melangkah ditemani jiwa yang tidak pernah gundah untuk menelusuri jalan itu..ada pula asbab yang menjadikan ianya berhenti tanpa kata-kata. Sesungguhnya manusia itu dijadikan terbatas pemikiranNya..dan sebaik-baik aturan adalah dari Ilmu dan taqdir (qada' qadarNya).
Tidak mampu untuk ditafsirkan apakah yang bermain diminda melain seusai doa dan munajatku mengharapakan impian yang diperolehi adalah dari keberkatan dan keredhaanMu. Memang ujian itu satu rahmat. Sesungguhnya dengannya, jiwa ini kembali muhasabah dalam mentarbiyah diri menjadi hamba yang bersyukur dan redha dengan ketentuanMu.
Mengapa, bagaimana dan dimana...semua itu dalam rahsiaMu..oleh sebab itu, bagi mereka yang tawakal..sebaik-baik penyerahan kepada ketentuan adalah Yang Maha Pencipta. Teruskan pelayaran anak-anak agama dan bangsaku agar suatu hari antum bakal menjadi pembimbing dan pemangkin ketamaduan Islam yang gemilang berjaya didunia dan akhirat.
Semoga Allah menempatkan hati-hati dan kehidupan berlandaskan taufiq dan inayahNya buat seluruh umat Muhammad.
"Doa seseorang itu akan selalu dikabulkan selama ia tidak terburu-buru, dimana ia mengucapkan, 'Saya telah berdoa kepada Tuhan tetapi Tuhan tidak memperkenankan doa saya.'"
~(H.R.Bukhari & Muslim)~
0 comments:
Catat Ulasan