BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �
Tiada Istimewa Melainkan Kelemahan Diri dan Segala Kebaikan Yang Wujud Dari Kepunyaan ILAHI. Hanya Kepada DIA Segala Penggantungan & Penyerahan Hidup dan Matiku.

02 September 2010

^(;Ramadhan Menyinari Alam & Rohani;)*

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


MUHASABAH RAMADHAN


Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah dilalui
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat terawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyinkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir
Nasyid oleh: Kumpulan UNIC





"Dan apabila menderita kesusahan dia bersabar, ini merupakan kebaikan baginya."
~(H.R.Muslim)~

*^Buat Saudaraku Yang Dikasihi^*

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


 Jadilah dirimu orang yang konsisten membaca Al-Quraan dikala manusia lain setia membaca majalah juga akhbar harian,

Jadilah dirimu orang yang sentiasa berzikir dan mengingatiNya dikala insan lain leka dengan hiburan dunia,

Jadilah dirimu orang yang mendambakan cintaNya dengan harapan dikala yang lain sibuk mengejar cinta manusia dan kehidupan,


Dan...

Jadilah kamu orang yang terbaik, mulia akhlaknya disaat pihak lain alpa dengan nikmat dan anugerahNya.




"Sesiapa yang memaafkan daripada membunuh balas ia tidak akan mendapatkan pahala melainkan syurga."
~(H.R.Al-Khatib)~

!Cantiknya Peribadi Insan Atas Hikmah Ujian!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SubhanaAllah...cantik  keindahan yang Allah jadikan
Begitulah cantiknya rupa yang diciptakan Allah atas setiap kehidupan dimuka bumi ini. Inilah hikmahnya.. setiap yang ada, berpasang-pasangan, saling lengkap-melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.

Rakan seperjuangan yang dikasihi Alllah sekelian, justeru apa pula kaitannya dengan peribadi insan atas ujian? ya, ada kaitannya..dan disinilah kita mampu melihat setiap yang dijadikan mempunyai hikmah dan makna yang unik. Pada manusia biasa, mungkin ianya satu lumrah yang biasa..tetapi bagi insan yang memperhalusi dan berusaha dalam kalangan insan yang mengenal RABBnya, mereka akan sentiasa mencari dan terus menelusuri setiap cubaan dengan tabah dan bersyukur.

Mari kita ambil masa, untuk koreksi diri. Sesungguhnya dalam diri setiap individu ada kelebihan yang mampu dikongsikan dan dari setiap kelemahan pula ada peluang dan prestasi jika di usahakan dan dibantu bersama.

Mengapa dikatakan cantik peribadi insan atas setiap kepahitan yang berlaku rakan? sukar untuk diterjemahkan..namun, dengan ujian sedemikian rupalah...kita mula bangun dan menyedari agar tidak dibuai mimpi dan angan-angan yang belum pasti terjadi. Lihatlah, jika seorang yang terlalu mendambakan hidup mewah, setiap angan-angan dan impian dipenuhi dengan mudah dan sekelip mata.. pasti dan tentu...kita menjadi khalifah yang lupa lantas kufur atas nikmat yang diberi. Lalu dimanakah kecantikan sebenar seorang insan.. adakah dengan pengharapan pada Ilahi atau memenuhi tuntutan naluri dan hati.

Yakinilah setiap yang datang, baik sengasara dan kedukaan yang ditanggung...jika disusuli dengan rasa sabar, itulah tingkat peribadi insan tersebut.. sabar, suatu yang rumit, hanya diberikan kepada mereka yang inginkan sifat ini serta mendidik diri agar bersederhana dalam setiap tindakan dan tatatertib kehidupan.

...Cantiknya peribadi insan atas ujian, jika diri dihiasi sifat redha dan tawakal...


"Hendaklah kalian tetap berkata benar sekalipun menghadapi bahaya. Sebab di dalam kata-kata yang benar terdapat keselamatan."
~(H.R.Ibnu Abi Ad-Dunya)~

26 Ogos 2010

;:Kesedihan Yang Menjanjikan Kegembiraan;:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Mahabbah, semoga sentiasa dibawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah buat kita semua.

"Ya Rahman, sesungguh berat ujian yang Engkau berikan buat hambaMU.." itulah ungkapan biasa dari seorang hamba yang faqir disisiNya RABB. "Mengapa diri ini dilanda musibah..", namun pernahkah kita perhalusi akan setiap kejadian dan ciptaan yang dianugerahkanNya. Biar pahit, pedih dan kecewa..semua ini pasti ada kebaikan dan hikmahnya.



Hidup ini penuh dengan cabaran yang perlu dilalui. Bergelar insan, sudah pasti ada tahap yang bakal dilalui itu memerlukan suatu yang dapat memenuhi kehendak diri dan jiwa. Persoalannya? sejauhmana kita meetakkan permintaan dan hajat..tidak semua mampu tertunai melainkan izin dan iradah dariNya Yang Lebih Besar.

Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. begitulah sifat-sifatNya yang perlu kita sematkan dalam sanubari bahawa DIA Mendengar, Maha Melihat dan Mengetahui setiap isi hati antara kita. Apa yang dikejar..belum tentu kita dapat, dan suatu yang berada pada kita kini..belum pasti akan kekal bersemadi sepanjang hari yang ditempuhi menuju destinasi abadi. Hanya amalan dan kebaikan yang dilakukan menjadi pelindung dan bekalan menemani perjalanan seorang hamba menghadap Rabbul Alamin.

Bilamana hambaNya bersedih, ingatlah..bahawa Pencipta Yang Menjadikan dirimu mulia dan setia bersama kita.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (١٨٦)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."


Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Dekat Allah kepada hambaNya.. Firman Allah dalam Surah Qaf: Ayat 16

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ (١٦)

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”

Maka..Bergembiralah wahai hati yang kesedihan kerana dikala kamu ditimpakan kedukaan dan ujian yang berat.. sesungguhnya DIA Maha Tahu yang termampu ditanggung oleh hambaNya.. Bersyukurlah diatas setiap yang diturunkannya. Gembiralah wahai insan yang kesedihan.. bilamana diri diberi cubaan dan kekecewaan.. Allah mengangkat martabat hambaNya yang sabar, Allah sayang akan hambaNya yang redha dan Allah mengampun dosa-dosa yang dilakukan oleh insan yang kerdil ini.

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (٥٣)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
(Surah Az-Zumar: Ayat 53)




"Orang yang beriman, dengan budi pekerti yang baik akan dapat mencapai martabat setaraf dengan orang yang tekun bersembahyang di malam hari dan berpuasa di siang hari."
~(H.R.Abu Daud)~

23 Ogos 2010

^Sukarnya Mendambakan Keindahan^

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sukarnya mendambakan kehidupan yang indah dalam membahagiakan kehendak yang ingin diperolehi.  Setiap yang diingini tidak semestinya diperolehi, dan tidak pula yang didapati seperti apa yang diimpi.

Begitulah getirnya dan kecekalan jiwa yang perlu digarap dalam pelayaran kehidupan yang harus dilalui oleh seseorang melalui ranjau liku-liku yang berterusan tanpa mengenal penat lelah mahupun beralah. Untuk menjadi terbaik dan bermakna buat agama, bangsa dan negara... seorang pemimpin (keluarga, diri) sewajarnya tabah menghadapi semua ini.
 
Persoalannya..., bagaimana harus bagi diri terus gagah menelusuri onak-onak yang datang menjelma. Perjalanan masih jauh, pencarian kepada kebaikan perlu diteruskan. Selagi jasad dan roh berdetik bersama nadi.. banyak yang perlu dipersiap..antara ilmu dan amal. Adakah kita sudah bersedia dan rela menjalankannya selaku wakil yang bergelar insan dan khalifah Allah dimuka bumi ini?


Setiap rintihan dan pengaduan seorang hamba pastilah dikembalikan kepada Pencipta Yang Maha Menjadikan. Dimanakah DIA jika tidak dihati dan segenap ruang hidup kita. Hampir setiap apa sahaja yang dilakukan perlu mendapat izin dan bantuan dariNya Yang Lebih Mengetahui & Maha Berkuasa diatas sesuatu.

Iya! kehidupan ini sangat dramatis jika dikaji dan diperhalusi. Tetapi..bagi mereka yang menggunakan sebaiknya kebaikan yang diberi, sudah tentu mereka boleh menggapai tujuan utama berada dibumi yang fana' ini.

SUBHANALLAH...Maha Suci lagi Maha Pengampun, dikala diri mengharap cinta & kasihMU.. Engkau mencurahkan pelbagai rahmat dan kasih sayangMU terhadap hamba-hamba yang lemah. Mana lagi boleh kita persembahkan hati, jiwa dan seluruh penggantungan kita kalau tidak hanya kepada DIA Yang Satu dan ALLAH Yang Maha Penerima Taubat.

Rakan-rakan yang dikasihi Allah sekelian... hidup ini sementara sahaja. Hari ini kita menanam perancangan meninggi dengan segala kemewahan dan manfaat kita, tidak salah.... teruskan memanfaatkannya.. pada masa sama wahai sahabatku, ingatilah..bahawa setiap yang di memorikan dalam diari perjalanan kita tidak semua yang menjadi dan tidak sekali kekal dalam catitan kehidupan manusia.

Oleh itu, sentiasalah kita merendahkan hati kita..mohon dan berharap sepenuh hatimu sahabat-sahabat untuk mendekatiNYA dengan yakin dan tawakkal. Sebaik-baik hamba adalah mereka yang bersyukur, redha dan sabar dalam menghadapi apa jua rintangan dalam menuju destinasi yang mereka terokai.

Genggamlah sekuatnya IMAN & Taqwamu wahai pejuang-pejuang agama Allah, agar tidak sekali dirimu kalah dalam segala mehnah yang datang menjengah kehidupanmu. Biarlah sukar dan pedih yang kamu dapat, kukuhkan azam dan tekadmu dalam menengakkan islam & syiarnya diseluruh pelosok dunia, asalkan kamu menggapai menggapai mardhatillah dari Yang Tiada Awal dan Akhir melainkan RABB.



Semoga kita semua menjadi perisai terbilang dalam merebut cinta dan nikmat kemanisan daripadaNYA Rabbul Izzati.




"Bukanlah yang dinamakan kaya kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya adalah kaya jiwa."
~(H.R.Bukhari & Muslim)~