BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �
Tiada Istimewa Melainkan Kelemahan Diri dan Segala Kebaikan Yang Wujud Dari Kepunyaan ILAHI. Hanya Kepada DIA Segala Penggantungan & Penyerahan Hidup dan Matiku.

Memaparkan catatan dengan label LuaHaN SeRikaNdi DuNia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LuaHaN SeRikaNdi DuNia. Papar semua catatan

24 November 2010

Sekitar Waktu Kematian & Saat Pengkebumian Jasad

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekadar renungan dan perkongsian sahabat sekelian;

Bagaimanakah kita hari ini?
Adakah terlintas dihati bagaimana saat-saat nyawa diambil oleh malaikat izrail menyabut roh dari jasad..?
Apakah keadaan kita sewaktu itu? Bersediakah kita?



Ya sahabat....;( dalam kesukaan ada kesedihan. Itulah antara beberapa sebab ana membuka ruang penulisan berlalu ketika ini. "Amira.... ada berita hendak disampaikan, awak tahu tak Safiqah dah meniggal?" kata Adila kepada rakannya Amira yang dahulunya bersama menjadi teman persekolahan zaman kanak-kanak. 

Sedih menyelubungi hati saat mendengar berita seorang remaja berusia 22 tahun telah menemui tuhannya RABB.  "Makcik datang hendak kutip sumbangan derma untuk ahli taman perumahan yang meninggal semalam". Azimah kakak kepada Amira keluar rumah untuk menjenguk siapa yang hadir...kenapa makcik Zainab kelihatan seperti agak terpusu-pusu... rupanya..berita yang diterima semalam oleh Amira... adalah anak kepada kawan ayahnya Mansur dan kebetulan penduduk satu taman dengannya.. terpinga-pinga Azimah mendengar berita yang disampaikan oleh makcik Zainab... "Amira, anak pakcik Taib yang dibelakang rumah... meninggal semalam, hari dikebumikan."

Sahabat sekelian.... inilah sekitar kejadian yang terjadi petang tadi dirumah sinar.. amat terkedu dan tidak mampu direnungi betapa 'ajal itu datang tanpa dipinta', bila-bila saja saat dan ketikanya.

Mengapa sinar tulis luahan ini..? 
Tiba-tiba terdetik hati...bagaimanakah aku ketika nyawa diambil Allah?
Apakah persediaan yang sebenar-benarnya telah dibuat menuju redhaNYA?

Ya Allah....apakah mampu untuk kita renungi sahabat sekalian.... 

Kita mengejar itu dan ini, hakikatnya kembali ke alam yang nyata lagi kekal abadi. Tiada yang hakiki melainkan mati.

Ada orang mati tanpa pengetahuan... tiba-tiba ajal mereka diambil. Sekejap kita lihat dia sihat dan tersenyum....dalam keletihan, 5 minit kemudian dengar "dah meninggal"? hari ini beliau baik, esok tiba gilirannya pergi meninggalkan. Semalam kedengaran sihat...hari ini sudah ajalnya berakhir. 


Sesungguhnya mati itu sangat hampir kepada kehidupan seorang manusia..menjadi bijaksana seorang hamba mengingat kematian, lalu bermuhasabah atas setiap kerja yang dilakukan.

Alhamdulillah.. SubhanaAllah...mungkin Allah lebih menyayangi diri beliau.

Bagaimana diri ini Ya Rabb.. rupaku, keadaanku dan pekerjaan sepanjang usiaku? Mari bersama renungi dan panjatkan permohonan padaNya.

Bersyukurlah kita yang masih ada disini hari ini, ketika ini waktu ini kerana diberi kesempatan untuk memperbaiki mana yang terkurang dan bertaubat mana yang terlarang..



"Bukanlah yang dinamakan kaya kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya adalah kaya jiwa."
~(H.R.Bukhari & Muslim)~

05 Oktober 2010

*Damaikan Kedukaan Hatimu Permaisuri*

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tabahlah Jiwamu Permaisuri Mujahidah Solehah,
Tenanglah Hatimu Pembela agama Allah,
Setiap Kegagalan Mahupun Kekalahan,
Perlu Dibentengi Kekuatan & Kesabaran..
InsyaAllah Hidupmu Beroleh Kejayaan,
Sematkan Azam Yang Dibawa Nabi Junjungan,

Sesungguhnya DIA Lebih Mengetahui Taqwa HambaNya
Menggunung Tinggi Kepatuhan kebangkitan IMAN kepada Pencipta.


7x Setiap Selesai Solat Fardhu - Ketenangan Jiwa & Hati
"HasbiYaAllahu La Ilaha Illahu Wa Rabbul Arsyil Azim"

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Ertinya: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar." (Surah At-Taubah: Ayat 129)


"Bacalah Al-Quraan kerana sesungguhnya Al-Quraan itu nanti pada hari kiamat akan datang untuk memberi syafaat kepada orang yang membacanya.."
~(H.R.Muslim)~

23 Ogos 2010

^Sukarnya Mendambakan Keindahan^

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sukarnya mendambakan kehidupan yang indah dalam membahagiakan kehendak yang ingin diperolehi.  Setiap yang diingini tidak semestinya diperolehi, dan tidak pula yang didapati seperti apa yang diimpi.

Begitulah getirnya dan kecekalan jiwa yang perlu digarap dalam pelayaran kehidupan yang harus dilalui oleh seseorang melalui ranjau liku-liku yang berterusan tanpa mengenal penat lelah mahupun beralah. Untuk menjadi terbaik dan bermakna buat agama, bangsa dan negara... seorang pemimpin (keluarga, diri) sewajarnya tabah menghadapi semua ini.
 
Persoalannya..., bagaimana harus bagi diri terus gagah menelusuri onak-onak yang datang menjelma. Perjalanan masih jauh, pencarian kepada kebaikan perlu diteruskan. Selagi jasad dan roh berdetik bersama nadi.. banyak yang perlu dipersiap..antara ilmu dan amal. Adakah kita sudah bersedia dan rela menjalankannya selaku wakil yang bergelar insan dan khalifah Allah dimuka bumi ini?


Setiap rintihan dan pengaduan seorang hamba pastilah dikembalikan kepada Pencipta Yang Maha Menjadikan. Dimanakah DIA jika tidak dihati dan segenap ruang hidup kita. Hampir setiap apa sahaja yang dilakukan perlu mendapat izin dan bantuan dariNya Yang Lebih Mengetahui & Maha Berkuasa diatas sesuatu.

Iya! kehidupan ini sangat dramatis jika dikaji dan diperhalusi. Tetapi..bagi mereka yang menggunakan sebaiknya kebaikan yang diberi, sudah tentu mereka boleh menggapai tujuan utama berada dibumi yang fana' ini.

SUBHANALLAH...Maha Suci lagi Maha Pengampun, dikala diri mengharap cinta & kasihMU.. Engkau mencurahkan pelbagai rahmat dan kasih sayangMU terhadap hamba-hamba yang lemah. Mana lagi boleh kita persembahkan hati, jiwa dan seluruh penggantungan kita kalau tidak hanya kepada DIA Yang Satu dan ALLAH Yang Maha Penerima Taubat.

Rakan-rakan yang dikasihi Allah sekelian... hidup ini sementara sahaja. Hari ini kita menanam perancangan meninggi dengan segala kemewahan dan manfaat kita, tidak salah.... teruskan memanfaatkannya.. pada masa sama wahai sahabatku, ingatilah..bahawa setiap yang di memorikan dalam diari perjalanan kita tidak semua yang menjadi dan tidak sekali kekal dalam catitan kehidupan manusia.

Oleh itu, sentiasalah kita merendahkan hati kita..mohon dan berharap sepenuh hatimu sahabat-sahabat untuk mendekatiNYA dengan yakin dan tawakkal. Sebaik-baik hamba adalah mereka yang bersyukur, redha dan sabar dalam menghadapi apa jua rintangan dalam menuju destinasi yang mereka terokai.

Genggamlah sekuatnya IMAN & Taqwamu wahai pejuang-pejuang agama Allah, agar tidak sekali dirimu kalah dalam segala mehnah yang datang menjengah kehidupanmu. Biarlah sukar dan pedih yang kamu dapat, kukuhkan azam dan tekadmu dalam menengakkan islam & syiarnya diseluruh pelosok dunia, asalkan kamu menggapai menggapai mardhatillah dari Yang Tiada Awal dan Akhir melainkan RABB.



Semoga kita semua menjadi perisai terbilang dalam merebut cinta dan nikmat kemanisan daripadaNYA Rabbul Izzati.




"Bukanlah yang dinamakan kaya kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya adalah kaya jiwa."
~(H.R.Bukhari & Muslim)~