BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Tiada Istimewa Melainkan Kelemahan Diri dan Segala Kebaikan Yang Wujud Dari Kepunyaan ILAHI. Hanya Kepada DIA Segala Penggantungan & Penyerahan Hidup dan Matiku.

26 Ogos 2010

;:Kesedihan Yang Menjanjikan Kegembiraan;:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Mahabbah, semoga sentiasa dibawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah buat kita semua.

"Ya Rahman, sesungguh berat ujian yang Engkau berikan buat hambaMU.." itulah ungkapan biasa dari seorang hamba yang faqir disisiNya RABB. "Mengapa diri ini dilanda musibah..", namun pernahkah kita perhalusi akan setiap kejadian dan ciptaan yang dianugerahkanNya. Biar pahit, pedih dan kecewa..semua ini pasti ada kebaikan dan hikmahnya.



Hidup ini penuh dengan cabaran yang perlu dilalui. Bergelar insan, sudah pasti ada tahap yang bakal dilalui itu memerlukan suatu yang dapat memenuhi kehendak diri dan jiwa. Persoalannya? sejauhmana kita meetakkan permintaan dan hajat..tidak semua mampu tertunai melainkan izin dan iradah dariNya Yang Lebih Besar.

Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. begitulah sifat-sifatNya yang perlu kita sematkan dalam sanubari bahawa DIA Mendengar, Maha Melihat dan Mengetahui setiap isi hati antara kita. Apa yang dikejar..belum tentu kita dapat, dan suatu yang berada pada kita kini..belum pasti akan kekal bersemadi sepanjang hari yang ditempuhi menuju destinasi abadi. Hanya amalan dan kebaikan yang dilakukan menjadi pelindung dan bekalan menemani perjalanan seorang hamba menghadap Rabbul Alamin.

Bilamana hambaNya bersedih, ingatlah..bahawa Pencipta Yang Menjadikan dirimu mulia dan setia bersama kita.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (١٨٦)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."


Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Dekat Allah kepada hambaNya.. Firman Allah dalam Surah Qaf: Ayat 16

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ (١٦)

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”

Maka..Bergembiralah wahai hati yang kesedihan kerana dikala kamu ditimpakan kedukaan dan ujian yang berat.. sesungguhnya DIA Maha Tahu yang termampu ditanggung oleh hambaNya.. Bersyukurlah diatas setiap yang diturunkannya. Gembiralah wahai insan yang kesedihan.. bilamana diri diberi cubaan dan kekecewaan.. Allah mengangkat martabat hambaNya yang sabar, Allah sayang akan hambaNya yang redha dan Allah mengampun dosa-dosa yang dilakukan oleh insan yang kerdil ini.

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (٥٣)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
(Surah Az-Zumar: Ayat 53)




"Orang yang beriman, dengan budi pekerti yang baik akan dapat mencapai martabat setaraf dengan orang yang tekun bersembahyang di malam hari dan berpuasa di siang hari."
~(H.R.Abu Daud)~

23 Ogos 2010

^Sukarnya Mendambakan Keindahan^

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sukarnya mendambakan kehidupan yang indah dalam membahagiakan kehendak yang ingin diperolehi.  Setiap yang diingini tidak semestinya diperolehi, dan tidak pula yang didapati seperti apa yang diimpi.

Begitulah getirnya dan kecekalan jiwa yang perlu digarap dalam pelayaran kehidupan yang harus dilalui oleh seseorang melalui ranjau liku-liku yang berterusan tanpa mengenal penat lelah mahupun beralah. Untuk menjadi terbaik dan bermakna buat agama, bangsa dan negara... seorang pemimpin (keluarga, diri) sewajarnya tabah menghadapi semua ini.
 
Persoalannya..., bagaimana harus bagi diri terus gagah menelusuri onak-onak yang datang menjelma. Perjalanan masih jauh, pencarian kepada kebaikan perlu diteruskan. Selagi jasad dan roh berdetik bersama nadi.. banyak yang perlu dipersiap..antara ilmu dan amal. Adakah kita sudah bersedia dan rela menjalankannya selaku wakil yang bergelar insan dan khalifah Allah dimuka bumi ini?


Setiap rintihan dan pengaduan seorang hamba pastilah dikembalikan kepada Pencipta Yang Maha Menjadikan. Dimanakah DIA jika tidak dihati dan segenap ruang hidup kita. Hampir setiap apa sahaja yang dilakukan perlu mendapat izin dan bantuan dariNya Yang Lebih Mengetahui & Maha Berkuasa diatas sesuatu.

Iya! kehidupan ini sangat dramatis jika dikaji dan diperhalusi. Tetapi..bagi mereka yang menggunakan sebaiknya kebaikan yang diberi, sudah tentu mereka boleh menggapai tujuan utama berada dibumi yang fana' ini.

SUBHANALLAH...Maha Suci lagi Maha Pengampun, dikala diri mengharap cinta & kasihMU.. Engkau mencurahkan pelbagai rahmat dan kasih sayangMU terhadap hamba-hamba yang lemah. Mana lagi boleh kita persembahkan hati, jiwa dan seluruh penggantungan kita kalau tidak hanya kepada DIA Yang Satu dan ALLAH Yang Maha Penerima Taubat.

Rakan-rakan yang dikasihi Allah sekelian... hidup ini sementara sahaja. Hari ini kita menanam perancangan meninggi dengan segala kemewahan dan manfaat kita, tidak salah.... teruskan memanfaatkannya.. pada masa sama wahai sahabatku, ingatilah..bahawa setiap yang di memorikan dalam diari perjalanan kita tidak semua yang menjadi dan tidak sekali kekal dalam catitan kehidupan manusia.

Oleh itu, sentiasalah kita merendahkan hati kita..mohon dan berharap sepenuh hatimu sahabat-sahabat untuk mendekatiNYA dengan yakin dan tawakkal. Sebaik-baik hamba adalah mereka yang bersyukur, redha dan sabar dalam menghadapi apa jua rintangan dalam menuju destinasi yang mereka terokai.

Genggamlah sekuatnya IMAN & Taqwamu wahai pejuang-pejuang agama Allah, agar tidak sekali dirimu kalah dalam segala mehnah yang datang menjengah kehidupanmu. Biarlah sukar dan pedih yang kamu dapat, kukuhkan azam dan tekadmu dalam menengakkan islam & syiarnya diseluruh pelosok dunia, asalkan kamu menggapai menggapai mardhatillah dari Yang Tiada Awal dan Akhir melainkan RABB.



Semoga kita semua menjadi perisai terbilang dalam merebut cinta dan nikmat kemanisan daripadaNYA Rabbul Izzati.




"Bukanlah yang dinamakan kaya kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya adalah kaya jiwa."
~(H.R.Bukhari & Muslim)~