BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Tiada Istimewa Melainkan Kelemahan Diri dan Segala Kebaikan Yang Wujud Dari Kepunyaan ILAHI. Hanya Kepada DIA Segala Penggantungan & Penyerahan Hidup dan Matiku.

23 Ogos 2010

UTAMA » » ^Sukarnya Mendambakan Keindahan^

^Sukarnya Mendambakan Keindahan^

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sukarnya mendambakan kehidupan yang indah dalam membahagiakan kehendak yang ingin diperolehi.  Setiap yang diingini tidak semestinya diperolehi, dan tidak pula yang didapati seperti apa yang diimpi.

Begitulah getirnya dan kecekalan jiwa yang perlu digarap dalam pelayaran kehidupan yang harus dilalui oleh seseorang melalui ranjau liku-liku yang berterusan tanpa mengenal penat lelah mahupun beralah. Untuk menjadi terbaik dan bermakna buat agama, bangsa dan negara... seorang pemimpin (keluarga, diri) sewajarnya tabah menghadapi semua ini.
 
Persoalannya..., bagaimana harus bagi diri terus gagah menelusuri onak-onak yang datang menjelma. Perjalanan masih jauh, pencarian kepada kebaikan perlu diteruskan. Selagi jasad dan roh berdetik bersama nadi.. banyak yang perlu dipersiap..antara ilmu dan amal. Adakah kita sudah bersedia dan rela menjalankannya selaku wakil yang bergelar insan dan khalifah Allah dimuka bumi ini?


Setiap rintihan dan pengaduan seorang hamba pastilah dikembalikan kepada Pencipta Yang Maha Menjadikan. Dimanakah DIA jika tidak dihati dan segenap ruang hidup kita. Hampir setiap apa sahaja yang dilakukan perlu mendapat izin dan bantuan dariNya Yang Lebih Mengetahui & Maha Berkuasa diatas sesuatu.

Iya! kehidupan ini sangat dramatis jika dikaji dan diperhalusi. Tetapi..bagi mereka yang menggunakan sebaiknya kebaikan yang diberi, sudah tentu mereka boleh menggapai tujuan utama berada dibumi yang fana' ini.

SUBHANALLAH...Maha Suci lagi Maha Pengampun, dikala diri mengharap cinta & kasihMU.. Engkau mencurahkan pelbagai rahmat dan kasih sayangMU terhadap hamba-hamba yang lemah. Mana lagi boleh kita persembahkan hati, jiwa dan seluruh penggantungan kita kalau tidak hanya kepada DIA Yang Satu dan ALLAH Yang Maha Penerima Taubat.

Rakan-rakan yang dikasihi Allah sekelian... hidup ini sementara sahaja. Hari ini kita menanam perancangan meninggi dengan segala kemewahan dan manfaat kita, tidak salah.... teruskan memanfaatkannya.. pada masa sama wahai sahabatku, ingatilah..bahawa setiap yang di memorikan dalam diari perjalanan kita tidak semua yang menjadi dan tidak sekali kekal dalam catitan kehidupan manusia.

Oleh itu, sentiasalah kita merendahkan hati kita..mohon dan berharap sepenuh hatimu sahabat-sahabat untuk mendekatiNYA dengan yakin dan tawakkal. Sebaik-baik hamba adalah mereka yang bersyukur, redha dan sabar dalam menghadapi apa jua rintangan dalam menuju destinasi yang mereka terokai.

Genggamlah sekuatnya IMAN & Taqwamu wahai pejuang-pejuang agama Allah, agar tidak sekali dirimu kalah dalam segala mehnah yang datang menjengah kehidupanmu. Biarlah sukar dan pedih yang kamu dapat, kukuhkan azam dan tekadmu dalam menengakkan islam & syiarnya diseluruh pelosok dunia, asalkan kamu menggapai menggapai mardhatillah dari Yang Tiada Awal dan Akhir melainkan RABB.



Semoga kita semua menjadi perisai terbilang dalam merebut cinta dan nikmat kemanisan daripadaNYA Rabbul Izzati.




"Bukanlah yang dinamakan kaya kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya adalah kaya jiwa."
~(H.R.Bukhari & Muslim)~

0 comments: